How may we help you?

2 Cara Pembelajaran MyMasterChef

Cara Pembelajaran 1 – Single Resepi

Single resepi merupakan cara pertama pembelajaran di MyMasterChef. Dalam single resepi ini, anda hanya perlu memilih resepi-resepi yang ingin anda pelajari, tidak kira apa jua kategori resepi masakannya. Contohnya, anda ingin belajar menggoreng kuey teow, maka anda hanya perlu menempah pembelajaran resepi kuey teow.

Ciri-ciri dan kelebihan Single Resepi adalah seperti berikut:-

  • Belajar sendiri secara video streaming.
  • Mengulang video resepi sebanyak yang anda mahu.
  • Paparan video mesra mobile dan gajet.

Jika anda ingin mengetahui sesuatu resepi masakan, maka cara pembelajarn single resepi ini adalah untuk anda.

Cara Pembelajaran 2 – Pakej / Bundle Resepi

Pakej atau bundle resepi merupakan cara kedua pembelajaran di MyMasterChef. Dalam pembelajaran ini, anda perlu memilih kategori resepi masakan yang anda ingin pelajari. Tidak seperti, kaedah pembelajaran single resepi, di sini, pihak kami telah menghimpun beberapa resepi dalam satu bundle. Contohnya, anda ingin belajar menggoreng kuey teow, maka anda perlu menempah pakej pembelajaran resepi aneka mee. Di samping belajar menggoreng kuey teow, anda turut mempelajari beberapa resepi mee yang lain.

Ciri-ciri dan kelebihan Pakej / Bundle Resepi adalah seperti berikut:-

  • Belajar sendiri secara video streaming.
  • Mengulang video resepi sebanyak yang anda mahu.
  • Paparan video mesra mobile dan gajet.
  • Sijil penyertaan diberikan setelah anda menghabiskan kesemua modul resepi.
  • Berdiskusi bersama pengajar atau instructor anda.