How may we help you?

Bagaimana Menjadi Instructor

Cara Menjadi Instructor / Tenaga Pengajar MyMasterChef

MyMasterchef memberikan peluang kepada anda yang berminat untuk menjadi instructor kami. Anda hanya perlu menghubungi kami secara WhatsApp menggunakan butang di bawah.

Pihak kami akan membalas whatsApp anda dengan memberikan link untuk borang permohonan menjadi instructor bersama MyMasterChef.

Syarat-Syarat Menjadi Instructor

Tiada syarat yang ketat dikenakan untuk menjadi Instructor MyMasterchef. Cuma anda perlu mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di bawah:-

  • Berbakat memasak aneka resepi (keutamaan kepada anda yang mempunyai pengalaman memasak untuk perniagaan, chef atau tukang masak).
  • Boleh berbicara dengan lancar di hadapan kamera.
  • Fasih berbahasa Melayu atau Inggeris.
  • Sedia dan komited untuk melayan karenah peserta kursus atau pelajar resepi anda.
  • Menyediakan menu Halal sahaja.
  • Mempunyai kitchen atau dapur rumah untuk proses pengambaran (krew produksi kami akan hadir dan merakam resepi di lokasi anda. Ini kerana pihak kami tidak menyediakan studio kitchen untuk rakaman resepi masakan).